Kad Kahwin Pengantin-Arts

Terima kasih kerana melayari Kad Kahwin Pengantin-Arts. Anda kini boleh membuat tempahan Kad Kahwin secara online. Jadikan impian perkahwinan anda menjadi kenyataan. Layari koleksi Kad Kahwin kami, yang boleh diolah mengikut citarasa anda hanya di Kad Kahwin Pengantin-Arts. Sila email di 'pengantinarts@yahoo.com' untuk tempahan Kad Kahwin anda hari ini.

Tempahan & Proses

Langkah 1

ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yg dicetak adalah di atas kesilapan anda. Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke pengantinarts@yahoo.com

Download Borang Tempahan Kad Kahwin Di Sini: Borang Tempahan Pengantin-Arts

Langkah 2

DEPOSIT PERTAMA - RM50 (2 peta) / RM30 (1 peta) .
Sila buat bayaran deposit kepada kami. Sila emailkan slip pembayaran kepada kami. Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.

Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. Sila rujuk link di sebelah untuk pembayaran.

(Proses Pembayaran)

Langkah 3

REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalah 3-7 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.

Langkah 4

PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.

Langkah 5

PENTING ! : DEPOSIT KEDUA - 50%
Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah bersih tempahan anda. Sila scan dan emailkan slip pembayaran kepada kami untuk kami rekodkan dalam invois anda. Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.

NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KAD LEWAT DITERIMA.


Sila rujuk link di sebelah untuk pembayaran.
(Proses Pembayaran)

Langkah 6

PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.

Langkah 7

KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.

Langkah 8

PENTING ! : BAYARAN AKHIR.
Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan anda. Sila fax atau emailkan slip pembayaran kepada kami untuk kami rekodkan dalam invois anda. Sila nyatakan nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.

Sila rujuk link di sebelah untuk pembayaran. (Proses Pembayaran)

Langkah 9

PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan KL perkhidmatan courier SKYNET atau POSMALAYSIA akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harga akan diberitahu kelak mengikut berat kad. Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 1-3 hari, sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.

Sila rujuk

http://www.courierworld.com/skynet/services.htm#tariff atau
http://www.pos.com.my/
untuk tarif kos penghantaran. Sila pilih service code : PARCEL





    Sign up for Earth Hour